Print this page

Intra

Mar 25, 2010

Lelaki tiada nafsu untuk berkahwin


Secara jujur saya memang tidak berselera terhadap wanita
Category: Soal Jawab Agama
Posted by: admin

SAYA dilahirkan dengan cukup sifat lelaki normal, berkewangan stabil dan bukanlah jenis lelaki lembut.

Secara jujur saya memang tidak berselera terhadap wanita. Namun saya tidak ingin berbuat perkara yang dilarang agama. Memang saya ingin memenuhi tuntutan agama supaya berkahwin, tetapi saya takut saya akan menzalimi wanita yang dikahwini nanti. Pernah juga saya lihat gambar wanita cantik yang tidak berpakaian, tetapi saya rasa mual dan langsung tidak tertarik. Walaupun ada selera terhadap lelaki, namun saya sentiasa cuba menahan nafsu kerana memahami larangan agama. Di samping itu, saya dekatkan diri dengan aktiviti-aktiviti keagamaan. Apakah hukumnya jika saya berkahwin? Yang pasti setakat ini, saya tidak akan dapat menyentuh isteri saya nanti. Tidakkah itu menzalimi dia? Apakah yang boleh saya buat? Jika disuruh berubat, saya bukanlah sakit. Naluri ini seperti semula jadi.

MUSLIM Perlis

Berkahwin satu sunnah Nabi Muhammad SAW kepada orang yang mampu. Namun, hukumnya berbeza bagi setiap individu, ada yang hukumnya wajib, ada yang harus dan ada yang haram jika perkahwinan ini membawa kepada kezaliman dan penganiayaan. Jika saudara rasa tidak ‘mampu’ berkahwin dari apa sudut sekalipun kerana ukuran kemampuan itu bukan berlandaskan kepada kewangan semata-mata tetapi mampu daripada memenuhi dan memikul tanggungjawab seorang suami. Jika saudara berasakan tidak mempunyai kemampuan ini, sebaiknya tidak meneruskan sunnah perkahwinan itu. Amat sukar berkahwin jika perasaan jijik dan mual melihat wanita tetapi ada selera pada lelaki. Apa yang saudara lakukan sekarang amat terpuji dengan mendekatkan diri pada aktiviti agama dan sentiasa beringat dengan hukum Allah. Mungkin mengamalkan aktiviti berpuasa juga akan menambahkan kekentalan iman kita. Tumpukan perhatian pada kebajikan-kebajikan yang lain. Dunia Allah ini luas dan banyak yang dapat dilakukan oleh seseorang dalam mencari pahala dan kebaikan.


Previous page: Kesihatan Umum
Next page: Minyak Seribu Khasiat